Selalunya, bagi kaum perempuan, diorang lebih pentingkan lagi penjagaan
muka dan rambut serta kecantikkan rupa diri keseluruhannya..Macam tak biasa
pulak kan, kalau pergi mana-mana pun, kalau terperasan, mesti ada kelihatan
mana-mana perempuan dok bermekap sana-sini..Kadang-kadang tu, muka dah cantik
dah, tapi saja tambah mekap lagi, sebab kecantikkan dan perempuan memang tak
boleh dipisahkan, betul tak?
Tapi, kalau setakat jaga kecantikkan bahagian yang kita nampak macam muka
dan rambut tu pun tak guna jugak kalau kaki busuk berketang bau cekam..So, bagi
korang yang perempuan yang mungkin ada masalah macam tu tapi malu-malu nak
share dengan orang, nahh, aku dah sediakan tips penjagaan kaki untuk korang kat
bawah ni..Cuba lah try tengok, mana taw kot-kot berkesan ka? =D
Tips Penjagaan Kaki:
· Basuh dan gosok kaki anda dengan kerap dan
pastikan ia sentiasa dalam keadaan lembap.
· Untuk kaki bayi, rendam kaki mereka selama
10-15 minit dalam air sabun suam dan bilas dengan air sejuk.
· Anda juga boleh rendam kaki anda ke dalam
tab mandi dengan air suam dan sedikit juz lemon, serbuk kayu manis, minyak
zaitun dan susu di dalamnya.
· Sentiasa gunakan krim kaki yang baik dan
berkualiti selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda.
· Setiap kali anda menggunakan pelembap atau
krim pada kaki anda, elakkan kawasan antara jari kaki.
· Gosok kaki anda terutamanya pada bahagian
tumit dengan menggunakan scrubber kaki secara teratur. Ia akan membantu
membuang sel-sel mati dan membuat kaki anda menjadi lebih lembut.
· Semasa keluar pada waktu panas, jangan
lupa untuk menggunakan losyen pelindung matahari di kawasan yang terdedah pada
kaki anda.
· Sentiasa pastikan kaki anda kering dan
bebas dari segala bau yang kurang enak.
Dengan tips diatas, diharap lepas ni
korang boleh la bagi perhatian yang sama pada kaki korang pulak..Kalau nak
kelihatan cantik, biar nampak cantik dalam semua segi dari atas ke bawah..
p/s: aku ingat lepas ni aku pun nak jaga
kaki jugak laa..Hehehehe
No comments:
Post a Comment