Umum sedar akan keburukan obesiti, berat
badan berlebihan atau kegemukan. Namun tidak ramai yang ambil kisah terhadap perkara
tersebut kerana obesiti dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.
Mari kita selidik faktor yang mempengaruhi kegemukan atau obesiti:-
1- Ketidakseimbangan Tenaga.
Ketidakseimbangan tenaga
menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti. Imbangan tenaga bermakna
tenaga yang diterima adalah sama tenaga yang digunakan.
Tenaga yang diterima adalah nilai kalori
yang anda perolehi daripada makanan dan minuman. Tenaga yang digunakan adalah
jumlah tenaga yang badan anda perlukan untuk perkara-perkara seperti bernafas,
penghadaman dan aktiviti fizikal. Untuk mengekalkan berat badan yang
sihat, kalori yang anda terima tidak perlu seimbang dengan tenaga yang anda
guna.
Seandainya jumlah kalori yang diterima
sama dengan jumlah tenaga yang digunakan, berat badan tidak berubah.
Sekiranya jumlah kalori yang
diterima kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan, berat badan anda
menyusut.
Berat badan berlebihan dan obesiti
berlaku dengan pantas apabila anda mengambil kalori lebih daripada apa
yang diperlukan oleh tubuh anda.
2- Tabiat Pemakanan.
Obesiti di Malaysia banyak berpunca dari
tabiat pemakanan harian dan cara sajian makanan disediakan. Setiap hari
rakyat Malaysia akan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
Ketika makan tengahari kita akan makan nasi dengan lauk ikan goreng, ayam goreng,
kari, sayur lemak dan masak merah. Begitu juga dengan makan malam.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi
dan terlalu manis yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah kegemukan.
Keadaan ini diburukkan oleh sikap
sesetengah individu yang mengalami amat responsif terhadap bau
makanan. Bau makanan mampu menimbulkan rasa lapar secara psikologi
yang mendorong kepada pengambilan makanan. Individu seperti ini akan sentiasa
mengambil makanan walaupun di luar waktu makan. Oleh itu obesiti akan berterusan.
3- Kurang Bersenam.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak
mengamalkan cara hidup sihat. Mereka mempunyai sikap malas bergerak dan tidak
suka bersenam. Sikap ini semakin menjadi-jadi sejak wujudnya kemajuan teknologi
dan internet. Orang ramai lebih suka menggunakan mesin basuh, blender, lif, eskalator, perbankan internet dan shopping online.
Apabila terlalu memanjakan tubuh tanpa
melakukan sebarang pergerakan besar, lemak akan terus terkumpul dalam badan
kita.
Obesiti menyebabkan aktiviti sukan menjadi
sangat sukar dilakukan. Ia akan menyebabkan penurunan kadar metabolisme tubuh. Akhirnya badan semakin gemuk dan obesiti.
4- Kurang Tidur.
Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur
meningkatkan risiko obesiti. Satu kajian terhadap sekumpulan remaja menunjukkan
bahawa kurang tidur meningkatkan kemungkinan obesiti.
Tidur yang cukup membantu mengekalkan
keseimbangan hormon ghrelin (yang membuat anda berasa lapar) atau leptin.
Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin akan meningkat dan
tahap leptin akan menurun. Ini menjadikan anda rasa lebih lapar daripada waktu
anda berehat.
Tidur juga mempengaruhi
tindakbalas tubuh anda terhadap insulin iaitu hormon yang mengawal kadar
glukosa dalam darah anda. Kekurangan tidur menyebabkan paras gula dalam darah
meningkat. Ini meningkatan risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis.
Kesimpulannya, untuk mengelakkan obesity
anda perlu mengawal pemakanan, bersenam dan memastikan masa tidur anda mencukupi.

Ia adalah Premium Beautiful Corset yang mendapat pengikhtirafan dari Superbrand terbukti ianya produk terbaik.
Setiap peringkat umur boleh menggunakan Corset ini dengan pelbagai masalah kesihatan. Jangan terkejut, lelaki juga bole menggunakannya. Bagaimana???
Ingin tahu lebih lanjut???
bole pm/wassaps/call saya,
Ingin tahu lebih lanjut???
bole pm/wassaps/call saya,
Fatihah Rani
0111 864 3411
No comments:
Post a Comment