Sunday, April 6, 2014

Pengalaman Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang



Pada 9 March 2014, Tiya bersama suami tercinta, mama abah tersayang, pakcik makcik, kakak dan suaminya bertemu di KLIA pada pukul 12 tengahari untuk mendaftar masuk beg ke kargo dan mendapatkan tiket penerbangan. Pertama kali wooo pegang tiket penerbangan dan passport.

Sementara menunggu masuk kami berkumpul di Secret Recipe. Inilah masa untuk berbual dengan sanak saudara dan bergambar sebagai kenangan. Sambil minum kopi dari Secret Recipe, sambil bersembang akan perjalanan yang bakal kami lalui sebentar lagi.

Perasaan teruja menyelubungi diri apabila kami dipanggil masuk untuk pemeriksaan sebelum berlepas. Almaklumla pertama kali kan..huhuhu.. kami berjalan memasuki pemeriksaan demi pemeriksaan sambil mencuci mata melihat barangan tanpa tax. Semuanya berjenama dan sangat murah dibandingkan dengan harga sebenar.. Walawei... Rambang mata sekejap. Hehe..

Akhirnya kami sampai ke pemeriksaan yang terakhir sebelum masuk kapal terbang. Bermula la perjalanan kami. Bismillah hirrohman nirrohim.. fuh kiri fuh kanan... (berdebar-debar)

Di dalam kapal terbang kami diberitahu secara ringkas cara pemakaian tali pinggang, jika berlakunya kecemasan, peringatan dan sebagainya. Kapten kapal memberitahu perjalanan ini mengambil masa 9 jam 20 minit (fuhh lamanya) untuk sampai ke destinasi dan keadaan cuaca sangat baik pada hari ini.

Destinasi??

Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana destinasi tiya sekeluarga kan...haaaa...Tiya sekeluarga ke Jeddah International Airport untuk menjalankan ibadah umrah..alhamdulillah...akhirnya dengan izinNya dapat jua ke rumah mu ya Allah..


Hati berbunga-bunga sambil bertalbiah pada mu Ya Allah... tak sabar rasanya nak menjejakan kaki ke Mekah Al-Mukaramah.

Perjalanan 9 jam 20 minit bagaikan sekejap sahaja, sambil bertalbiah sambil tgk movie animasi, sains fiksion.. lepas satu movie satu lagi movie.. Ada la dalam 7 8 movie tiya dah tengok dan sambil itu bertalbiah n berzikir apa yang patut untuk menenangkan rasa gementar tiap kali pesawat itu bergegar melanggar awan..berat air agaknya... Alhamdulillah..kawasan itu bakal dilimpahi hujan rahmat Allah s.w.t..


Ingin tahu cerita seterusnya??? Nantikan k...

No comments:

Post a Comment