Bertahun-tahun ku nantikan hari ini iaitu 9 March 2014
bersamaan hari Ahad. Bertahun-tahun merancang baru kini tertunai. In shaa Allah.....
Aku dan suami tercinta bangun dan bersiap seawal pagi untuk berkumpul dan
berjumpa dengan mama abah, kakak dan abang ipar di masjid TUDM Shah Alam.
Di masjid, aku dan suami menunaikan solat Tahiyatul Masjid
dan solat Musafir. Semoga perjalanan ini diberkati Allah s.w.t.
9 March 2014 juga adalah sehari selepas MH370 hilang dari
radar pusat kawalan pada 8 March 2014 pada pukul 2.40am. Seluruh Malaysia
terkejut dan menangis dengan berita kehilangan MH370. Bertambah berdebar aku
dibuatnya memandangkan hari ini aku akan ke luar negara. Huhh macam-macam
difikirkan tapi ku kuatkan juga hati ini kerana aku terlalu ingin menjadi
tetamu di rumah mu Ya Allah.
Sebelum peninggalan aku ke luar negara, masih tergiang-ngiang
di telinga, penyelamat masih tidak dapat mengesan pesawat MH370 tersebut..... Aku sempat doakan kesejahteraan
penumpang-penumpang dan crew pesawat.. Selagi tidak dapat mengesan pesawat MH370,
selagi itulah harapan masih ada. Semoga mereka selamat kembali, Amin...
Pelbagai persoalan dan spekulasi timbul. Bagaimana semua ini berlaku?? Siapa
yang harus bertanggungjawab?? Kenapa Malaysia?? Adakah politik dunia sedang
melanda Malaysia??? Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya.
Pada-Nya juga la kita berdoa untuk menemukan kembali MH370.
PRAY FOR MH 370 |
No comments:
Post a Comment