Wednesday, April 16, 2014

9 Tips Terbaik Untuk Mendapatkan Foto Selfie Yang Menarik

Sejak kebelakangan ini, orang ramai semakin galak untuk mengambil gambar diri mereka sendiri atau lebih dikenali sebagai "selfie".. Bagi anda yang inginkan hasil selfie yang menarik, di bawah ini ada tips-tips nya..Nak tahu, meh usha kat bawah.. 

1. Pencahayaan




Foto selfie biasanya menggunakan kamera depan. Seperti yang kita ketahui, kamera depan biasanya memiliki kualiti piksel yang kurang baik. Untuk itu, bagi menjadikan hasil foto tidak gelap, bergayalah di tempat yang memiliki pencahayaan yang baik, seperti berhampiran jendela atau di tempat lapang pada waktu siang. Pastikan cahaya ada di depan, bukan di belakang yang membuat "backlight" sehinggakan hasil foto kelihatan gelap.

2. Highlight Wajah





Gunakan "highlighter" di sekitar wajah yang disapukan pada hidung, tulang alis dan pipi untuk membuatkan wajah lebih berkilau dan flawless.

3. Angle Foto





Cuba posisikan kamera sedikit ke arah bawah, seperti foto selfie Rebecca Black ini. Dia melakukan gaya bersahaja sambil mengangkat dagu. Hasilnya, ia lebih memfokuskan pada bahagian muka.

4. Disinari Cahaya





Kesan dramatis akan diperolehi ketika anda bergambar dan mendapatkan flare (sinaran) cahaya matahari dari bahagian sisi.

5. Gaya





Lakukan gaya terbaik. Lazimnya, kebanyakkan orang lebih suka melakukan gaya "duck face" kerana ia mampu membuatkan wajah anda menjadi lebih tirus.

6. Riak Wajah





Foto selfie tidak hanya memerlukan tangkapan gambar dengan wajah yang 'cantik'. Lakukan riak wajah yang mampu menarik perhatian.

7. Bergaya Dengan Haiwan Peliharaan





Sekiranya anda memiliki haiwan peliharaan, jangan ketinggalan untuk melibatkan mereka bersama. Seperti model ini yang bergaya bersama kucingnya.

8. Bergambar Bersama Rakan-Rakan





Bagi mengelakkan bosan kerana asyik menunjukkan foto selfie diri sendiri, sebaiknya ajak rakan-rakan anda untuk turut sama ber-selfie.

9. Selfie Depan Cermin




Foto Selfie di depan cermin menjadi cara terbaik bila anda ingin menunjukkan pakaian yang dipakai pada hari itu. Bila memuatnaikkannya di Instagram, jangan lupa untuk menggunakan hashtag #OOTD (outfit of the day) untuk mengapresiasikan baju yang dipakai. Kesan dramatik dan elegan jelas terpancar dari foto selfie ini.


Sejarah Selfie



Nampaknya Mr Bean lebih dahulu perkenalkan selfie ni..hihihihi

p/s: Mana satu gaya pilihan anda? =D

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment