KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah
SAW telah bersabda:
“Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut
adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila
orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika
orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika
orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika
dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika
terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika
musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika
tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika
dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya
9. Jika
orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika
dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
anyak
kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak
hadis. Antaranya:
Rasulullah
SAW bersabda;
1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi
hari itu akan dipenuhi".
2.
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu
ialah Surah Yassin.”
3. “Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa
yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala
dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah
sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya
meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6. “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa
sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu,
siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya
semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula,
dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan
itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi
penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang
itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan
dimudahkan juga baginya.”
7. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah
Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah
Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah
sesuatu, doanya akan diterima.”
9. “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf
cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.”
10. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11. “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit ketika nyawanya diambil.”
12. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa
Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala
seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. JikaSurah
Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah
menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat
itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya,
menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat
penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau
menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanyamalaikat Ridhwan penjaga
surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian memberinya
minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam
keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi
sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.
Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu
Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya
mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di
perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.
Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati,
dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum
tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai
ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan
rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah
mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari
keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia
meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000
malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya,
mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya;
ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada
Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya
diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari
siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit
sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul
A’mal).
Surah Yassin
ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma
atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya
orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa
esok, lusa kita pula akan menyusul.
Begitu banyak kelebihan dan
kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti
yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan
diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran
Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.
SELAMAT BERAMAL!!!
No comments:
Post a Comment