Budaya berhutang seolah-olah sudah
menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini berpunca
daripada sikap kita yang sangat suka berbelanja melebihi kemampuan poket diri
sendiri.
Orang tua selalu kata, ukur baju di badan sendiri. Tapi siapa
yang dengar?? Anak muda hari ini bukan saja tak mahu mendengar, tapi peribahasa
itu diejek lagi. Kononnya tak relevan dan sudah basi untuk diambil pusing.
Jika dulu golongan
miskin dan berpendapatan rendah yang kerap berhutang, tapi kini golongan kaya
juga terbabit dengan hutang. Perbezaannya mudah. Golongan miskin berhutang
untuk memenuhi keperluan hidup terdesak
manakala golongan kaya berhutang untuk bermewah bagi mengumpul harta.
Dalam dunia hari ini, amat sukar untuk kita mencari orang yang tidak pernah berhutang. Golongan pelajar sekalipun sudah mula berhutang seperti pinjaman pelajaran dan sebagainya. Boleh jadi, pengemis yang duduk menumpang di stesen bas saja yang tidak pernah dibebani hutang.
Mungkin ramai yang mengatakan agenda berhutang adalah hak masing-masing. Memang benar tapi jangan sampai agenda berhutang ini sampai ke tahap menyusahkan ahli keluarga yang lain. Lihat saja drama di kaca televisyen, suami pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus. Isteri dan anak-anak menjadi mangsa. Meskipun ia hanya drama tapi realitinya diambil daripada paparan sekeliling.
Jika anda berpendapatan RM3,000 sebulan, elak berbelanja melebihi angka itu. Tawaran seperti kad kredit bukanlah memudahkan perbelanjaan anda. Bayangkan jika perbelanjaan anda melebihi had jumlah yang ditetapkan, biasanya pihak ini akan mengumumkan penambahan jumlah.
Apabila tidak terurus, mereka akan menawarkan pula pinjaman bunga rendah dan bayar secara ansuran. Lama-kelamaan, anda tersepit dan sudah tidak mampu membayarnya. Inilah hutang secara tidak langsung.
Apakah langkah bagi mengatakan TIDAK?
Pihak yang berhutang mahupun pihak kedua iaitu pemberi hutang perlu berfikir dengan wajar akan kesan berhutang. Bukan mahu mengajar untuk menjadi kedekut tapi kita perlu belajar berdisiplin.
Ada yang berhutang kerana keperluan, keinginan, membuat pelaburan dan kecemasan. Biar apapun alasannya, tindakan berjimat cermat adalah langkah paling bijak dan berdisiplin.
Simpanan yang banyak mengelakkan kita berhutang. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah dengan kad kredit, bayarlah hutang dengan jumlah sebanyak yang mungkin dan dalam tempoh yang paling cepat.
Bagi anda yang berhutang dengan sanak saudara atau teman, gunakan wang bonus untuk melangsaikan hutang. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan mengikut perancangan.
Jika masih menemui jalan buntu, Agensi Kemudahan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh membantu anda menguruskan kewangan dengan bijak.
Ini bukan iklan tapi
kisah masyarakat yang sering kita abaikan dan ambil mudah, betul tak?
Jika anda ingin mengubah rutin kehidupan anda yang sering kekeringan duit dan dikelilingi hutang, saya ada cara yang dapat membantu anda.
Pastikan anda sudah bersedia untuk menghadapi satu fasa baru dalam hidup anda yang lebih selesa, punyai banyak masa bersama keluarga dan kehidupan anda akan sentiasa dikelilingi dengan orang tersayang.
Ingin mengubah kehidupan anda dari Zero to Hero???
Boleh hubungi saya / follow saya di
Jika anda ingin mengubah rutin kehidupan anda yang sering kekeringan duit dan dikelilingi hutang, saya ada cara yang dapat membantu anda.
Pastikan anda sudah bersedia untuk menghadapi satu fasa baru dalam hidup anda yang lebih selesa, punyai banyak masa bersama keluarga dan kehidupan anda akan sentiasa dikelilingi dengan orang tersayang.
Ingin mengubah kehidupan anda dari Zero to Hero???
Boleh hubungi saya / follow saya di
PM / WASSAPS / MSG / CALL / FB / INSTAGRAM / TWITTER
FATIHAH RANI
0111 864 3411
No comments:
Post a Comment