Makanan Terbaik Dalam Membentuk Tubuh Ideal
Diet sangat sinonim dengan wanita dimana mereka sering menahan lapar. Buat
pengetahuan anda, diet sebegini amatlah tidak sihat untuk tubuh dan penghadaman
badan kita. Lebih memudaratkan lagi apabila kita sering merasa pening, loya dan
gastrik. Xmau xmau xmau k...
Makan bukan hanya sekadar untuk menghilangkan rasa lapar. Kita harus selalu
perhatikan hidangan makanan untuk menjaga keseimbangan nutrisi sehingga tubuh
selalu sihat sekaligus mewujudkan berat badan yang ideal.
Berikut 10 jenis makanan yang berkhasiat bagi tubuh badan kita:-
Apple
Merupakan sumber antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang
menjadi penyebab berbagai penyakit dan penuaan usia. Mengambil apple secara
teratur dapat mencegah penyakit jantung.
Avocado
Penyelidik dari Ohio State University mengungkapkan bahawa vitamin yang
terkandung dalam buah avacado dapat mencegah pertumbuhan sel penyebab kanser.
Avocado merupakan sumber kalori yang sihat dan tidak mengandungi lemak sehingga
menjadi pilihan yang tepat untuk menurunkan berat badan.
Blueberry
Mengambil blueberry secara rutin dapat meningkatkan imunitasi tubuh kerana
blueberry kaya akan kandungan antioksidan dan anti inflamasi. Penelitian yang
dilakukan Texas Women’s University mengungkapkan bahawa buah ini dapat menjaga
berat badan tetap ideal.
Brokoli
Menurut The American Cancer Society, kandungan fitokimia antikanser dalam
brokoli dapat mencegah risiko kanser payudara, usus, dan paru-paru. Kandungan
asam folat di dalamnya juga mengurangi risiko penyakit Alzheimer.
Gandum
Kandungan serat yang tinggi membuat makanan berbahan gandum dapat mengatasi
masalah pencernaan. Menurut jurnal Obesity, gandum juga berkhasiat mengurangkan
lemak yang tersembunyi di bahagian dalam perut yang boleh memicu penyakit
hati.
Salmon
Jenis ikan laut, seperti salmon mengadungi asam lemak dan omega-3 yang
bermanfaat untuk kesihatan jantung dan sistem saraf.
Kacang Almond
Kerana vitamin E yang tinggi, almond menjadi makanan antioksidan yang mampu
mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Almond juga mengandungi serat, zat
besi, kalsium, dan riboflavin yang dapat mengurangkan penimbunan kalori dalam
bentuk lemak tubuh sehingga mengurangi risiko kelebihan berat badan.
Kentang
The Center for Science menemukan fakta bahawa kentang mengandungi vitamin
B6 yang bermanfaat untuk menghilangkan stres dan membuat tubuh lebih relaks.
Oatmeal
Mengambil semangkuk oatmeal setiap hari dapat menjaga kadar kolesterol dan
gula darah tetap normal. Dengan kandungan karbohidrat kompleks dan
beta-glucans, yakni jenis serat yang mudah larut dalam air, makanan ini dapat
mencegah penyakit jantung dan obesiti.
Sayuran Hijau
Sebagai sumber serat yang bebas lemak, sayuran hijau bermanfaat melancarkan
pencernaan dan merupakan menu diet yang sihat. Sayuran hijau juga mengandungi
kalsium yang berkhasiat memperkuat tulang dan klorofil yang dapat melindungi
tubuh terhadap risiko kanser.
bersama-samala kita menjaga diet harian dengan makanan yang berkhasiat.
Selamat berdiet... :-)
No comments:
Post a Comment