Monday, April 28, 2014

Bisingnya dia



Sebut saja pasal tidur, pasti ramai terbayang waktu paling ‘indah’ untuk merehatkan otak dan badan selepas penat bekerja. Tetapi, bagaimana pula jika teman serumah atau ahli keluarga kerap berdengkur ketika tidur? sudah pasti masalah itu akan mengganggu kitaran tidur kita.


Pokok pangkalnya, masalah dengkuran yang kuat sebenarnya bersifat umum, bermakna penyakit ini boleh dihidapi sesiapa saja. Jika setiap kali dengkuran diselang-selikan dengan pernafasan, ia sebenarnya normal, namun apabila ia berterusan tanpa henti, itu tandanya kamu mengalami masalah pernafasan yang boleh memudaratkan.

Bagaimana dengkuran berlaku??

Ia terjadi apabila muncul sekatan pada aliran udara dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung kamu. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Malah, gejala tidur berdengkur ini sebenarnya terjadi sejak dari kecil dan ia akan bertambah kerap mengikut peningkatan usia seseorang.


Adakalanya masalah pernafasan itu terjadi kerana terlalu penat setelah pulang dari pejabat. Oleh itu, pekerja yang ‘workaholic’ lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding pekerja yang bekerja lebih pasif dan tidak banyak menggunakan kekuatan mental.

Kesan buruk

Kita sendiri tahu berdengkur dengan kuat boleh mengganggu orang sekeliling. Dari aspek kesihatan, kamu berhadapan dengan masalah kesihatan yang lebih serius. Satu kajian menyatakan, jika berterusan, ia akan mengakibatkan saluran udara dalam hidung tersekat dan lama kelamaan akan membawa pada penyakit lebih serius seperti ‘Apnea Tidur’. Ia dikategorikan sebagai penyakit berbahaya kerana saluran pernafasan ditutup sehingga tidak ada oksigen yang akan mencapai paru-paru.

Selain itu, bunyi dengkuran yang terlalu kuat serta saluran pernafasan yang kerap tertutup akan membuatkan kamu kerap terjaga seketika sedang tidur dan ini boleh mengganggu kitaran tidur.

Lebih buruk lagi, apabila kamu bekerja pada syif malam. Padahnya, gangguan tidur itu juga boleh menyebabkan waktu tidur tengah hari terganggu, naik berat badan, pening kepala dan penurunan prestasi kerja.

Jalan penyelesaian

Sesudah mengetahui masalah ini berlarutan, kamu perlu atasi dengan segera untuk menurunkan kadar penyakit berbahaya pada diri. Lakukan beberapa langkah berkesan ini:-

Langkah pertama, pastikan kamu ubah posisi tidur. Perkara ini bertambah buruk lagi apabila kamu tidur secara posisi telentang. Lebih memadai jika kamu ubah posisi tidur secara mengiring.




Kedua, turunkan berat badan kamu. Percaya atau tidak, mereka yang alami ‘obesiti’ dan mempunyai jaringan leher yang tebal adalah risiko tidur berdengkur. 

Ketiga, elakkan dari mengambil pil penenang termasuk pil tidur yang bertujuan untuk menenangkan.  Ini boleh mengganggu sistem saraf dan menyebabkan otot dan tisu dalam kerongkong tidak aktif untuk masa yang lama.

Keempat, pastikan hidung tidak tersumbat sebelum tidur. Cuba amalkan hidu wap air panas ataupun letakkan tuala panas pada muka dan sedut wap yang keluar. Ia bertujuan untuk menghilangkan lendir yang tersumbat dalam rongga hidung.

Kelima, jika kamu seorang gadis yang selalu mengemas rumah, elakkan daripada menghidu habuk. Untuk kesan yang lebih baik, cuba pasang ‘air filter’ di rumah untuk memperoleh bekalan udara yang bersih.


Langkah keenam, gunakan produk seperti ‘Breathe Right’ sebagai langkah percubaan untuk mengurangkan masalah ini.

Akhir sekali, jika masalah ini berlarutan walaupun selepas melaksanakan cara di atas, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor pakar kerana kemungkinan kamu menghidap penyakit tidur berbahaya.

Atau

Anda juga boleh menggunakan Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) untuk mendapat tidur yang lena dan tanpa gangguan. Tidur anda akan lebih berkualiti. Dengan itu, prestasi kesihatan anda juga semakin baik kerana mendapat rehat yang cukup dan maksima. 

Untuk maklumat lanjut boleh la hubungi saya,
(PM/WASSAPS/CALL/MSG/FB/TWITTER/INSTAGRAM)

FATIHAH RANI
0111 864 3411

No comments:

Post a Comment